Semalam tular di Twitter seorang lelaki bernama Jerich Alcantara (22 tahun) yang mahu pergi ke majlis konvokesyen, namun hari yang dinanti-nantikan itu terpaksa dilupakannya apabila kereta api yang sepatutnya bertolak jam 8 pagi menghadapi masalah teknikal. Penumpang terpaksa menunggu sehingga 2 jam bagi kereta api penyelamat tiba.
Bagi meredakan sekejap kesedihan yang dialami lelaki itu kerana tidak dapat pergi ke majlis konvokesyen, ini apa yang penumpang lain lakukan bagi meraikan lelaki itu..
Majlis konvo di dalam kereta api
Ada yang bertepuk tangan dan ada juga yang mengucapkan tahniah kepada lelaki tersebut. Namun apa yang jelas, lelaki tersebut kelihatan sedikit kegembiraan dengan reaksi penumpang di dalam kereta api tersebut yang sanggup menghiburkan hatinya. Akhirnya dia memeluk beberapa orang penumpang yang ada di situ. Dia sangat terima kasih kepada mereka yang ada di situ.
Bagi meraikan kejayaan Alcantara, rakannya bersama penumpang lain telah mengadakan majlis kecil untuknya. Rakannya juga telah membuat sijil 'palsu' untuk Alcantara.