-->

Saturday, 17 June 2017

Lelaki Warganegara Bahrain Tunjuk Simpati Terhadap Qatar, Ini Tindak Balas Bahrain


(Foto: Al Arabiya)

Untuk pertama kali, Bahrain memenjarakan salah seorang rakyatnya atas komennya di media sosial yang menunjukkan simpati dan dilihat menyokong Qatar.

Difahamkan, tangkapan lelaki tersebut adalah yang pertama sejak lulusnya undang-undang jenayah simpati dengan Qatar yang menimbulkan kontroversi.

Minggu lepas, pihak berkuasa Bahrain ikut sama bersama United Arab Emirates dengan mengumumkan negara itu akan memenjarakan sesiapa yang bersimpati dengan Qatar.

"Mana-mana ungkapan simpati dengan kerajaan Qatar atau menentang langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Bahrain, sama ada melalui media sosial, Twitter atau sebarang bentuk komunikasi yang lain, adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum sehingga lima tahun penjara dan denda," kata kementerian dalam negeri.

Undang-undang siber Bahrain terkenal cukup ketat untuk rakyatnya yang berbeza pendapat, atau membangkang, terutama melalui media sosial.

Minggu lalu, Emiriah Arab Bersatu memberi amaran kepada para pengguna media sosial bahawa mereka boleh dihukum tiga hingga 15 tahun penjara jika bersimpati kepada Qatar.

Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir pada 5 Jun memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar atas tuduhan menyokong pengganas serta hubungannya yang rapat dengan Iran.

Pemutusan hubungan diplomatik ini juga memberi kesan kepada aktiviti penerbangan. Syarikat penerbangan Qatar Airways dengan melarang pesawat itu masuk ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Bahrain menuntut Qatar memutuskan hubungan dengan Iran, dengan Bahrain menuduh Republik Islam itu dalang di sebalik protes Syiah yang dipimpin di dalam kerajaan tetapi Qatar tegas menafikan dakwaan tersebut.

Bahrain adalah rumah kepada Armada Kelima Tentera Laut US, manakala Qatar menempatkan pangkalan terbesar Amerika di Timur Tengah.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->